Atasi masalah 70,000 rumah tidak terjual: MB Johor

Hasni (tiga dari kanan) menyerahkan baucar kepada penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Teres Kos Sederhana Rendah dan Rumah Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ), Taman Setia Indah di Pusat Komuniti Taman Ekoflora, Johor Bahru, pada Ahad.
Hasni (tiga dari kanan) menyerahkan baucar kepada penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Teres Kos Sederhana Rendah dan Rumah Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ), Taman Setia Indah di Pusat Komuniti Taman Ekoflora, Johor Bahru, pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah kira-kira 70,000 rumah tidak terjual, tidak diduduki atau terbiar di sekitar bandar raya ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, dasar dan syarat baharu pemilikan rumah seperti Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) antara yang menyumbang terhadap masalah berkenaan.

Justeru katanya, antara usaha yang akan dilakukan ialah bekerjasama dengan syarikat hartanah terlibat dan memperkenalkan program penyewaan kepada generasi muda.

"Jadi kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan ejen hartanah mengenal pasti unit yang boleh kerajaan masukkan dalam rancangan penyewaan kepada generasi muda.

"Dalam kawasan Bandaraya Johor Bahru lebih 70,000 unit rumah yang tidak terjual, belum diduduki dan mungkin sudah dijual tetapi tidak diduduki. Kita tidak boleh berada dalam keadaan begitu jika mahu jadi bandar raya yang dinamik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Teres Kos Sederhana Rendah dan Rumah Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ), Taman Setia Indah di Pusat Komuniti Taman Ekoflora di sini pada Ahad.

Pada majlis tersebut seramai 177 pembeli menerima kunci rumah masing-masing, kediaman tersebut mempunyai 427 unit dengan penyerahan kunci bagi setiap fasa akan dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga hujung tahun ini.

Mengenai Belanjawan Johor 202 yang akan dibentangkan pada 25 November ini, beliau memberi jaminan golongan B40 dan M40 tidak akan tercicir termasuk memberi perhatian terhadap golongan belia yang sukar mendapat pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu katanya, belanjawan tersebut yang bersifat mengembang akan memikirkan cara untuk membantu mereka yang melakukan perniagaan dalam talian di rumah.

"Ramai yang berminat untuk membuat perniagaan dalam talian sebagai kaedah menambah pendapatan mereka dalam keadaan pandemik Covid-19. Hakikatnya ekonomi belum pulih sepenuhnya, kerajaan perlu bantu," katanya.