Kenderaan hilang kawalan, lelaki maut, rakan wanita cedera

Seorang lelaki maut, manakala rakan wanitanya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh berhampiran Plaza Tol Bukit Jelutong di sini pada Ahad. - Foto BSPTD Shah Alam
Seorang lelaki maut, manakala rakan wanitanya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh berhampiran Plaza Tol Bukit Jelutong di sini pada Ahad. - Foto BSPTD Shah Alam
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut, manakala rakan wanitanya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh berhampiran Plaza Tol Bukit Jelutong di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pada kejadian jam 4.20 pagi itu, mereka dari Kampung Melayu Subang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

"Pemandu berusia 22 tahun itu ingin menghantar rakan wanitanya berusia 20 tahun pulang ke rumah," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Baharudin berkata, kenderaaan jenis Honda Civic yang dipandu oleh lelaki itu disyaki telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan dan telah berpusing ke arah bertentangan.

"Mangsa telah tersepit di dalam kenderaan dan dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat serta disahkan meninggal di tempat kejadian, manakala rakannya yang cedera telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066 744," katanya.

Artikel Berkaitan: