Ismail Sabri ziarah keluarga sahabat di hospital

Ismail Sabri (depan, kiri) berbual bersama orang awam Azni Yahya (depan, tengah) dan bapanya Yahya Kadir (duduk) yang dibenarkan pulang selepas dirawat di hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah selama 12 hari sehingga hari ini. 
Ismail turut luangkan masa 30 minit bertemu dengan ahli keluarga sahabatnya yang dirawat di hospital itu.

A
A
A

TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bertemu ahli keluarga sahabatnya yang dirawat di hospital itu.

Sahabat beliau, Jang Nong Chik, yang merupakan Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia cawangan Bera dan Ketua UMNO Cawangan Perumahan Awam Kos Rendah Padang Luas, Bera dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu kerana pelbagai masalah kesihatan.

Perdana Menteri tidak bertemu Jang kerana pesakit ICU dilarang menerima pelawat.

Beliau sebaliknya bertemu anak lelaki Jang, Ahmad Ridzuan dan beberapa ahli keluarga yang lain di bilik mesyuarat hospital itu.

“Saya dimaklumkan Jang semakin pulih namun masih di ICU. Saya difahamkan jantung, paru-parunya agak stabil.

“Saya doakan Jang terus stabil. Kalau boleh, pulih seperti sedia kala dan boleh pulang ke rumah,” katanya.

Ismail Sabri berkata, biasanya apabila beliau pulang melawat kawasan Parlimen di Bera, Jang akan datang bertemu dengannya di rumah.

“Tiga minggu lepas ketika saya pulang ke Bera, Jang datang ke rumah saya. Saya rapat dengan Jang sejak awal 1990-an lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum meninggalkan hospital, beliau turut beramah mesra dengan seorang pesakit asma, Yahya Kadir, 69, dari Felda Purun Bera yang baru didiscaj dari wad dan menunggu di atas kerusi roda untuk dijemput pulang. - Bernama