Bajet 2022 beri tumpuan perkasa ekonomi luar bandar

Shahar menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian majlis pecah tanah Solar Dyer Program ‘UMK-MoF Social Enterprise Project’ di Pantai Geting, Tumpat Ahad.
Shahar menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian majlis pecah tanah Solar Dyer Program ‘UMK-MoF Social Enterprise Project’ di Pantai Geting, Tumpat Ahad.
A
A
A

TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Bajet 2022 turut memberikan tumpuan untuk memperkasa ekonomi di kawasan luar bandar susulan penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Kewangan I, Shahar Abdullah berkata, kerajaan mengenal pasti sektor-sektor ekonomi luar bandar yang terjejas teruk akibat pandemik itu dengan menyediakan kerangka pemulihan terbaik.

"Pemerkasaan ekonomi di kawasan luar bandar ini akan mengambil kira potensi yang ada di kawasan tersebut dengan cara membawa pemindahan teknologi.

"Pemindahan tekonologi itu bukan sahaja memberikan nilai tambah pada masyarakat, malah meningkatkan lagi hasil sekali gus mengukuhkan sektor ekonomi luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Solar Dyer Program ‘UMK-MoF Social Enterprise Project’ di Pantai Geting di sini pada Ahad.

Hadir sama Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Exco Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Wan Roslan Wan Hamat.

Menurutnya, Kementerian Kewangan tidak menolak kemungkinan menambah peruntukan untuk memperkasakan ekonomi luar bandar.

Beliau berkata, Bajet 2022 kali ini kerajaan tampil dengan kelainan apabila menyediakan kenyataan pra belanjawan terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Paya Besar itu berkata, kenyataan pra bajet itu membolehkan kerajaan mengemukakan terlebih dahulu perancangan yang ingin dilakukan untuk tahun hadapan merangkumi cukai, hasil negara dan fiskal.

Artikel Berkaitan:

"Saya begitu teruja apabila rakyat memberikan kerjasama penuh dengan mengemukakan cadangan dalam menjayakan proses pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Kebanyakan mereka ini menyatakan sektor-sektor yang terkesan berada di bandar, pinggir bandar dan luar bandar," katanya.

Tambah Shahar, kerajaan akan berusaha sebaik mungkin agar proses pemulihan ekonomi itu berjalan mengikut kerangka ditetapkan.