Berjasa bakal tubuh jajaran politik baharu

Zamani (lima dari kiri) bercakap kepada media selepas sidang media di sebuah hotel di Bangi, pada Ahad.
Zamani (lima dari kiri) bercakap kepada media selepas sidang media di sebuah hotel di Bangi, pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan parti alternatif lain sedang dalam proses rundingan bagi membina sebuah jajaran politik baharu di negara ini.

Presidennya, Zamani Ibrahim berkata, jajaran baharu itu akan membawa harapan rakyat Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15) nanti.

Zamani memberitahu, aspirasi jajaran baharu itu juga akan membolehkan rakyat terlibat bersama dalam memimpin negara ini.

"Kami akan maklumkan perkembangan (jajaran baharu) ini dari masa ke masa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, parti itu juga akan melancarkan dokumen Belanjawan Alternatif Berjasa pada 27 Oktober ini merangkumi tujuh teras utama dan 100 cadangan.

Katanya, dokumen berkenaan juga akan diedarkan kepada orang ramai dan pihak media menerusi laman sesawang rasmi mereka.

"Parti Berjaya menyedari majoriti rakyat sudah muak dengan situasi politik tanah air dan oleh sebab itu kami telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu-isu politik semasa ini secara konsensus," katanya.

Tambahnya, parti Berjasa menawarkan sebuah kepimpinan baharu yang bersih dan bebas daripada amalan budaya politik wang kepada rakyat negara ini menjelang PRU15 nanti.

Artikel Berkaitan: