X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Polis Pasir Mas terima 17 laporan tolak vaksin

Mohd Nasaruddin (kanan) ketika melakukan tinjauan SOP di pekan Rantau Panjang bersama anggota.
A
A

PASIR MAS - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas mengesahkan pihaknya menerima 17 laporan daripada golongan yang menolak suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, laporan tersebut dibuat sendiri oleh golongan berkenaan yang memaklumkan penolakan itu atas faktor keselamatan.

"Kebanyakan mereka yang datang membuat laporan ini daripada golongan bekerjaya dan agamawan," katanya kepada pemberita di IPD Pasir Mas di sini pada Ahad.

Menurutnya, polis telah merujuk perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, laporan polis itu turut melibatkan ahli keluarga termasuklah isteri dan anak-anak.

Katanya, kebanyakan mereka yang hadir membuat laporan itu berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nasaruddin berkata, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan penduduk di Pasir Mas.

"Ia dapat dilihat menerusi operasi mengejut yang kita lalukan di kawasan tumpuan orang ramai di jajahan ini.

"Setakat ini, tiada lagi kompaun berkait dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula Isnin lalu," katanya.

Menurutnya, polis berharap masyarakat terus mematuhi SOP dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negeri ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!