Anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di leher

AYOB KHAN
AYOB KHAN
A
A
A

MUAR- Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di leher dan sepucuk pistol di dalam keretanya di Pekan Muar pada Ahad.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mayat anggota berpangkat Lans Koperal itu pada jam 11.18 pagi di kawasan lot parkir.

Katanya, mangsa yang berusia 29 tahun itu merupakan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Muar.

"Pada jam lebih kurang 11.18 pagi, anggota polis tersebut ditemui mati dalam kenderaannya di lot parkir di Pekan Muar dengan kesan tembakan di leher. Turut ditemui sepucuk pistol jenis Revolver. 36," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Ayob Khan berkata siasatan lanjut berhubung punca mangsa bertindak demikian masih dijalankan dan setakat ini polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: