X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Guardiola puji aksi cemerlang pemain

Guardiola
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berpuas hati dengan semangat berjuang yang dipamerkan para pemainnya ketika menundukkan Burnley 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad pada Sabtu.

Menurutnya, Burnley memberikan tentangan luar biasa dalam perlawanan tersebut namun pemain City kekal fokus untuk menghalang lawan daripada menghasilkan gol.

"Kami berlari dan bersaing untuk mendapatkan bola. Burnley bermain dengan hantaran jauh dan mereka sangat bagus dengan corak permainan sebegitu.

"Anda perlu bertahan dengan baik terutama sepakan penjuru dan percuma mereka. Segalanya boleh berlaku sekiranya Chris Wood berjaya menjaringkan gol pada penghujung perlawanan.

"Kami juga mempunyai banyak peluang, namun gagal menyudahkannya. Perkara paling utama adalah memperbaiki permainan kami. Saya berpuas hati dengan persembahan separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama.

"Para pemain menunjukkan bagaimana cara bermain dan corak permainan yang saya mahukan. Semua pemain memberikan segalanya dan saya tidak kisah sekiranya persembahan tidak bagus.

"Apa yang penting adalah anda berjuang untuk rakan sepasukan untuk meraih kemenangan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Bernardo Silva membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 sebelum Kevin de Bruyne memastikan kemenangan City dengan gol kedua pada minit ke-70.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!