Warga emas hidap Parkinson tersepit di mangkuk tandas

Pasukan Bomba dan Penyelamat memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan mangsa tersepit di celah mangkuk tandas di rumahnya di Wisma Sentosa, di Kuala Pilah, malam Sabtu. - Foto ihsan bomba
Pasukan Bomba dan Penyelamat memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan mangsa tersepit di celah mangkuk tandas di rumahnya di Wisma Sentosa, di Kuala Pilah, malam Sabtu. - Foto ihsan bomba
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang lelaki warga emas yang dipercayai menghidap penyakit Parkinson tersepit di celah mangkuk tandas selepas terjatuh ketika mahu membuang air, di rumahnya di Wisma Sentosa, di sini, malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, lelaki berusia 62 tahun berkenaan tersepit pada bahagian dada di celah mangkuk tandas menyebabkannya sukar untuk keluar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer (km) itu.

"Pada awalnya keluarga mangsa cuba mengeluarkan mangsa, namun gagal lalu menghubungi pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mangsa.

"Usaha untuk mengeluarkannya sukar kerana tandas berkenaan sempit selain beratnya mencecah 80 kilogram," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut beliau, selepas meminta kebenaran daripada ahli keluarga, pihaknya memecahkan mangkuk tandas duduk berkenaan sebelum mengeluarkan mangsa.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pasukan paramedik untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau.

Hasil maklumat yang diterima daripada ahli keluarga, ketika kejadian mangsa mahu ke bilik air ditemani ahli keluarga sebelum terjatuh di bahagian belakang mangkuk tandas.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang mengalami Parkinson sukar untuk keluar. Pegawai perubatan juga berada di lokasi untuk memberikan bantuan sekiranya mangsa tercedera.

"Ini adalah kali pertama kami menerima operasi mangsa tersepit di luar mangkuk tandas yang kebiasaannya mangsa tersepit anggota badan di dalam lubang mangkuk tandas," katanya.