'Sentuh kemaluan, bersetubuh rawatan gangguan makhluk halus'

Mohd Nasaruddin (tengah) pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Ahad.
Mohd Nasaruddin (tengah) pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Seorang pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Ayah su memperdayakan mangsa yang mengalami masalah gangguan makhluk halus dengan cara menyentuh kemaluan mangsa sebelum melakukan persetubuhan ketika proses rawatan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kaedah rawatan 'keji' itu terbongkar apabila salah seorang mangsa membuat laporan polis pada Khamis lalu.

"Mangsa yang berumur 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai telah ke rumah Ayah su di Tendong bersama bakal suami dan ibunya pada jam 3 petang untuk mendapatkan rawatan.

''Apabila tiba di rumah itu mangsa telah berjumpa dengan suspek dan isterinya, ‘Mak su’ berusia 60-an yang bertindak sebagai pembantu Ayah su,'' katanya katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Ahad.

Menurut beliau, suspek yang berusia 67 tahun dan merupakan pesara kerajaan telah meminta pengadu untuk masuk ke dalam bilik rawatan melalui pintu belakang rumah.

Beliau menjelaskan, semasa pengadu berada di dalam bilik rawatan seorang diri, suspek telah meminta pengadu untuk menanggalkan seluar yang dipakainya.

Semasa rawatan berlangsung, jelas beliau suspek telah bertindak menggosok paha dan kemaluan mangsa lalu memasukkan jari ke dalam alat sulit mangsa.

Mohd Nasaruddin berkata, selepas itu suspek telah bertindak memasuk dan mengeluarkan kemaluannya ke dalam alat sulit mangsa beberapa kali.

Artikel Berkaitan:

"Suspek turut memberikan amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa dan telah meminta mangsa datang ke rumahnya sekali lagi untuk membuat rawatan.

"Pada jam 12 tengah malam, sepasukan anggota telah membuat tangkapan ke atas suspek untuk siasatan lanjut, kita reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 22 Oktober depan untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut Mohd Nasaruddin, berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini berkenalan dengan mangsa di sebuah kedai. Suspek kemudiannya mendakwa mangsa mengalami gangguan makhluk halus dan perlu dirawat secara tradisional olehnya.

Hasil siasatan mendapati, suspek aktif menjalankan perubatan tradisional itu sejak sekitar 36 tahun lalu.

"Suspek juga dipercayai menggunakan modus operandi yang sama terhadap wanita lain, memandangkan sudah menyediakan khidmat perawatan tradisional sejak 1985,” jelas beliau bahawa ini bukan kejadian pertama yang dilakukan oleh suspek.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku 10 orang wanita telah menjadi mangsanya.

Mohd Nasaruddin menjelaskan, polis tidak menolak kemungkinan ini bukan kejadian pertama yang dilakukan oleh suspek.

"Jadi, saya menyeru mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa perbuatan suspek supaya tampil membuat laporan polis," katanya.