Petugas kesihatan Terengganu terima dos penggalak mulai hari ini

Sekitar 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan di negeri Terengganu akan menerima dos penggalak vaksin Covid-19 secara berperingkat bermula Ahad.
Sekitar 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan di negeri Terengganu akan menerima dos penggalak vaksin Covid-19 secara berperingkat bermula Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Sekitar 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan di negeri Terengganu akan menerima dos penggalak vaksin Covid-19 secara berperingkat bermula Ahad.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, enam hospital kerajaan dan 20 pusat pemberian vaksin (PPV) milik kerajaan di seluruh negeri terlibat dalam pemberian dos itu.

Menurutnya, tiada paksaan dalam pemberian dos penggalak tersebut dan ia diberikan kepada petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) secara sukarela.

“Paling penting ialah mereka telah melepasi tempoh enam bulan selepas suntikan dos kedua vaksin Covid-19.

“Kita sudah mulakan hari ini melibatkan kakitangan JKNT manakala pemberian dos penggalak kepada petugas barisan hadapan agensi lain dan warga emas pula akan dimulakan tidak lama lagi di PPV swasta,” katanya pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan pemberian dos penggalak kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan yang lengkap vaksinasi sekurang-kurangnya enam bulan lalu.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera.

Artikel Berkaitan: