X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Peranan Pas cawangan, kawasan perkuat akar umbi parti

Abdul Hadi
A
A

SHAH ALAM - Pas di peringkat cawangan dan kawasan mempunyai peranan penting menguatkan parti serta mendekati masyarakat pelbagai kaum dan agama untuk memperkenalkan agama Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui hantaran di Facebook rasminya pada Ahad berkata, Nabi Muhammad SAW merupakan contoh mewujudkan perpaduan ummah.

“Dimulakan dengan perpaduan umat Islam. Seterusnya mengajak manusia seluruhnya dalam masyarakat majmuk termasuk bukan Islam yang menjadi sebahagian daripada agenda Islam.

“Risalah dan mesej yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW untuk seluruh manusia

“Tanggungjawab kita ialah mengisi acuan ini dengan cara yang betul, maka Pas mesti berusaha dengan sedaya-upaya bagi menyatukan umat Islam,” katanya.

Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli Pas yang menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan seluruh negara serta kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.

“Teruskan perjalanan kamu dengan mendapat berkat daripada ALLAH SWT. Siru ‘ala barakatillah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas juga mesti memperkenalkan Islam kepada golongan yang bukan Islam.

“Menyatukan umat Islam merupakan satu kerja yang tidak mudah kerana mereka telah lama dipengaruhi oleh pemikiran penjajah yang menganggap Islam sebagai agama ibadat sahaja bukan agama yang sempurna dan berdaulat sehingga orang Islam sendiri bercakap kata-kata menghina hukum Islam kerana kejahilan mereka.

“Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada ALALH SWT yang meletakkan kita menjadi ahli kepada jemaah yang memperjuangkan Islam sebagai matlamatnya.

“Kemunculan jemaah Islam bagi menyambung perjuangan Islam yang tidak boleh dimatikan cahayanya,” kata Abdul Hadi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!