JAS kesan pembakaran terbuka di Johan Setia

JAS Selangor mengesan kebakaran terbuka melibatkan tapak pelupusan sampah haram bersebelahan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).
JAS Selangor mengesan kebakaran terbuka melibatkan tapak pelupusan sampah haram bersebelahan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).
A
A
A

KLANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengesan pembakaran terbuka di Johan Setia, di sini melibatkan tapak pelupusan sampah haram bersebelahan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).

JAS menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu memaklumkan, kejadian tersebut dikesan menerusi dron di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia.

Menurut hantaran tersebut, koordinat lokasi kebakaran diambil bagi mengenal pasti pemilik tanah yang menyebabkan atau membenarkan pembakaran itu.

Jabatan itu turut memaklumkan, kes dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang untuk siasatan lanjut.

Kebakaran terbuka dikesan menerusi satu rondaan pemantauan pencemaran melalui dron di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia, di sini.
Kebakaran terbuka dikesan menerusi satu rondaan pemantauan pencemaran melalui dron di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia, di sini.

"JAS sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut," kata JAS.

Artikel Berkaitan: