Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas langgar gajah

Anggota bomba membantu mengeluarkan seorang mangsa di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan di Jalan Pinang Hala Bukit Tongkat, Kluang pada malam Sabtu.
Anggota bomba membantu mengeluarkan seorang mangsa di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan di Jalan Pinang Hala Bukit Tongkat, Kluang pada malam Sabtu.
A
A
A

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut manakala anaknya berusia lima tahun dan dua lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar seekor gajah di Jalan Pinang, Hala Bukit Tongkat di sini pada Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Abd Rahim Razali berkata, mangsa dikenali sebagai Ismail Daud, 37, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, dua lagi yang cedera ialah biras dan bapa mertua mangsa, masing-masing berusia lingkungan 30-an dan 65 tahun.

"Kita menerima maklumat mengenai kemalangan pada jam 9.59 malam dan sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, didapati berlaku kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dinaiki empat mangsa telah terbabas melanggar seekor gajah," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Keadaan kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Pinang, Hala Bukit Tongkat, Kluang pada malam Sabtu.
Keadaan kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Pinang, Hala Bukit Tongkat, Kluang pada malam Sabtu.

Abdul Rahim berkata, tiga mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital menaiki ambulans.

"Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa di bahagian tempat duduk pemandu, bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 10.44 malam," katanya.