PKPD tiga lokaliti dua negeri ditamatkan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di dua negeri ditamatkan pada Ahad sebagaimana dijadualkan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, ia membabitkan dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah.

"Lokaliti di Pahang melibatkan Kampung Orang Asli Ulu Pareh di Bentong dan Kampung Orang Asli Sungai Kelang, Mukim Batu Talam di Raub yang mula dikenakan PKPD pada 20 September lalu.

"Di Sabah pula lokaliti tersebut adalah Kampung Mokodou, Ranau yang dikuatkuasakan PKPD bermula 4 Oktober lalu," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, penamatan itu dilakukan setelah pihaknya meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa penularan Covid-19 di kesemua lokaliti berkenaan.

Sementara itu, katanya, tiada lokaliti yang dikenakan PKPD dan tiada pelanjutan PKPD dikeluarkan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: