X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

SPRM bekerjasama dengan BNM siasat Pandora Papers

A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) serta agensi siasatan lain bagi menyiasat tentang pendedahan Pandora Papers.

SPRM menerusi kenyataan di Twitter pada malam Sabtu berkata, ia seperti yang telah dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dengan mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Sehubungan itu, SPRM juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama dengan suruhanjaya ini sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut," katanya.

Pandora Papers adalah laporan yang mendedahkan senarai urus niaga melibatkan tokoh-tokoh politik, ahli-ahli perniagaan, selebriti-selebriti yang membuka akaun di pusat-pusat kewangan pesisir di dunia.

Pusat-pusat kewangan itu merupakan kawasan perlindungan cukai yang mana golongan kaya tersebut dikatakan mahu mengelakkan diri daripada dikenakan cukai oleh negara-negara mereka dengan menyimpan aset-aset di pusat-pusat kewangan berkenaan.

Pendedahan itu turut melibatkan 11.9 juta fail dari syarikat-syarikat yang diupah oleh para pelanggan kaya bagi mewujudkan struktur perniagaan dan amanah di kawasan pesisir pantai antaranya di Panama, Dubai, Monaco, Switzerland dan Kepulauan Cyaman, Kepulauan Virgin British, Belize, Cyprus, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beberapa nama ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia turut disebut dalam Pandora Papers itu antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kewangan, senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa dan keluarga ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!