X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Gangguan bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air sejak Rabu lalu pulih sepenuhnya pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Gangguan air di sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah pulih sepenuhnya sekitar jam 6 petang, pada Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan perkara itu menerusi kemas kini di Facebooknya pada Sabtu.

"Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Tambah kenyataan tersebut, sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Air Selangor sebelum ini memaklumkan, kerja penyelenggaraan itu mula dilaksanakan jam 9 pagi Rabu lalu dan selesai jam 5 pagi, Khamis sebelum agihan air disalurkan secara berperingkat.

Kuala Selangor menjadi kawasan paling awal menerima bekalan air pada Khamis sementara Meru, Aman Perdana, Kapar, Bandar Baru Bukit Raja dan Kampung Pulau Indah adalah lima lokasi terakhir pulih daripada gangguan air itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!