Pulih sektor pelancongan antara fokus Bajet 2022 Perak

Saarani ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Perak kali ke-33 di sini pada Sabtu.
Saarani ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Perak kali ke-33 di sini pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Pembangunan semula sektor pelancongan antara intipati utama yang akan diberi perhatian kerajaan Perak dalam pembentangan Bajet 2022.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu bagi membantu menghidupkan kembali sektor pelancongan yang selama ini terkesan teruk disebabkan pandemik Covid-19.

Menurutnya, dalam fokus berkenaan kerajaan negeri telah menggariskan beberapa bantuan khusus kepada mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan.

"Kita bagi perhatian kepada pembangunan semula pelancongan sebab kita tahu selama ini sektor ini juga memberi manfaat kepada pembangunan negeri.

"Jadi kita harap dengan pembukaan semula ekonomi ini, sektor pelancongan dapat dibangunkan semula," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Perak kali ke-33 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pembentangan Bajet Negeri yang dijadualkan pada Disember depan akan mengambil kira keperluan utama bagi mengimbangi tuntutan rakyat dan keperluan menjana ekonomi.

Katanya, usaha mengukuhkan pertumbuhan ekonomi termasuklah fokus kepada peruntukan pembangunan fizikal, bantuan pinjaman kewangan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta peniaga-peniaga kecil.

"Walaupun kita mungkin tidak dapat memberikan kepuasan kepada semua orang, tetapi kita akan cuba sedaya upaya untuk meminimumkan jurang itu.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan buat secara seimbang supaya ia tidak kelihatan berat sebelah," katanya.

Saarani menjelaskan, intipati Belanjawan Negeri telahpun dibentang serta dibahaskan di peringkat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lepas dan secara dasarnya telahpun dipersetujui.

"Tengoklah, mungkin ada sikit-sikit lagi perubahan sebab ia tertakhluk juga kepada bajet yang akan dibentangkan Kerajaan Persekutuan akhir bulan ini.

"Kita tengok apa yang diumumkan kepada kita (Perak) nanti, sedikit sebanyak kita akan ubah suai jika ada keperluan," katanya