PN guna strategi sendiri hadapi PRN Melaka

Hamzah ditemui pemberita selepas program Penyampaian Kotak Makanan Serta Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau, pada Sabtu.
Hamzah ditemui pemberita selepas program Penyampaian Kotak Makanan Serta Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau, pada Sabtu.
A
A
A

LARUT - Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan strategi mereka tersendiri sekiranya UMNO enggan bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya memfokuskan untuk memilih pemimpin berintegriti bagi mewakili rakyat negeri itu.

Bagaimanapun, menurutnya, jika UMNO berubah fikiran untuk mahu bekerjasama, perkara itu akan dibincangkan dalam kalangan pemimpin tertinggi PN.

"Kita tidak mahu melihat pemimpin yang hanya pandai bercakap sehingga menyebabkan perpecahan. Kita mahu supaya pemimpin itu adalah seseorang yang sentiasa mahukan penyatuan di kalangan kita. Jadi rakyatlah yang akan tentukan masa depan.

"Kalau dia (UMNO) tidak mahu, saya sebagai Setiausaha Agung PN akan melakukan mengikut strategi PN sendiri. Tapi kalau beliau juga mahu untuk duduk, saya pulangkan kepada pemimpin-pemimpin PN untuk duduk berbincangkan bagi menentukan masa depan rakyat terutamanya di Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Penyampaian Kotak Makanan Serta Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau, di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat media melaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak akan ‘gopoh’ dalam menentukan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Melaka.

Katanya, parti itu sedang mengumpulkan maklum balas daripada semua pihak termasuk pimpinan di peringkat bahagian sebelum ianya diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Artikel Berkaitan: