'Kita akan susahkan hidup antivaksin' - Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika melawat ruang pameran selepas merasmikan Kursus Infarksi Myokardial Kebangsaan Ke-11 (NAMIC) 2021 di Grand Nexus hari ini.
 -Foto Bernama
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika melawat ruang pameran selepas merasmikan Kursus Infarksi Myokardial Kebangsaan Ke-11 (NAMIC) 2021 di Grand Nexus hari ini.
 -Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kumpulan antivaksin kemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Beliau juga dengan tegas berkata, kerajaan akan 'menyusahkan' kumpulan tersebut yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.

"Ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk 'menyusahkan' hidup anda (golongan antivaksin).

"Ini kerana anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, melainkan anda tidak boleh menerimanya atas faktor kesihatan dan dikecualikan dalam aplikasi MySejahtera. Bagaimanapun, jika sebaliknya, memang kami akan susahkan hidup anda," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kursus Infarksi Myokardial Kebangsaan Ke-11 (NAMIC) 2021 di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kebarangkalian Malaysia akan bergerak ke arah negara yang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19.

Ahli Parlimen Rambau itu juga berkata, kerajaan mungkin tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin di peringkat persekutuan, namun akan mengalakkan undang-undang itu di peringkat sektoral.

Ia sebagai mana yang telah diwajibkan bagi sektor awam bermula November depan.

"Kita juga akan galakkan sektor-sektor swasta untuk laksanakan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: