X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Rentas negeri: Aliran trafik bergerak lancar, terkawal

Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama di negara ini hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan susulan aktiviti merentas negeri telah dibenarkan sejak, Isnin lalu. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama di negara ini hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan susulan aktiviti merentas negeri telah dibenarkan sejak, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, setakat jam 1 tengah hari pada Sabtu tiada pertambahan jumlah kenderaan yang luar biasa dilaporkan berlaku sama ada di Plaza Tol Sungai Besi atau Plaza Tol Jalan Duta.

“Polis tidak melihat tanda pengguna jalan raya berpusu-pusu untuk keluar masuk merentas negeri melalui lebuh raya utama memandangkan perjalanan rentas negeri telah dibenarkan buat kali pertama membabitkan hunjung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada Selasa," katanya pada Sabtu.

Pada Ahad lalu, media melaporkan kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!