X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Hanya 5 kawasan di Selangor belum pulih gangguan air

Kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air setakat jam 12 tengah hari, Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lima kawasan masih mengalami gangguan bekalan air susulan kerja penyelenggaraan dan pembaikan aset utama air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, kawasan itu adalah Meru, Aman Perdana, Kapar, Bandar Baru Bukit Raja dan Kampung Pulau Indah.

Menurut kenyataan itu, setakat jam 12 tengah hari pada Sabtu, sebanyak 99.5 peratus daripada 998 kawasan di Lembah Klang telah pulih daripada gangguan bekalan air.

"Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan bekalan air di kawasan-kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air.

"Pengguna yang telah mendapat bekalan air diharap menggunakan air secara berhemat bagi memastikan kawasan-kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air mengikut jadual," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Air Selangor berkata, status pemulihan kawasan yang terjejas, lokasi pili air awam serta stesen pengisian air komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com.

Kerja penyelenggaraan dan pembaikan aset utama air SSP1 dilaksanakan bermula jam 9 pagi Rabu lalu dan selesai jam 5 pagi, Khamis.

Antara kawasan disenarai terjejas berikutan gangguan bekalan air ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!