Aliran trafik ke pantai timur meningkat 65 peratus

Tangkap layar ciapan di Twitter Khairy pada Sabtu.
Tangkap layar ciapan di Twitter Khairy pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Hari kelima kebenaran aktiviti rentas negeri menyaksikan aliran tinggi trafik keluar dari Lembah Klang dengan peningkatan keseluruhan sebanyak 21.8 peratus berbanding minggu lepas.

Memetik laporan daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, peningkatan aliran keluar trafik yang tertinggi adalah ke arah pantai timur iaitu sebanyak 65 peratus diikuti arah utara (34.6 peratus); selatan (28.1 peratus) dan Lembah Klang (11.5 peratus).

“Sentiasa berjaga-jaga, pakai pelitup muka, jaga prosedur operasi standard (SOP), amalkan #TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek). #ReopeningSafely,” tulis Khairy di ciapan Twitternya pada Sabtu.

Pada Ahad lalu, kerajaan mengumumkan kebenaran untuk rakyat Malaysia yang menerima vaksinasi lengkap merentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 11 Oktober 2021.