Tiada kes individu tanpa vaksin rentas negeri ke Kuantan

Wan Zahari memeriksa status vaksinasi pemandu dan penumpang kenderaan yang masuk ke daerah ini pada Operasi Khas Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP Fasa 4, PPN bagi daerah Kuantan di Paza Tol Gambang, pada Sabtu.
Wan Zahari memeriksa status vaksinasi pemandu dan penumpang kenderaan yang masuk ke daerah ini pada Operasi Khas Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP Fasa 4, PPN bagi daerah Kuantan di Paza Tol Gambang, pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Tiada kes melibatkan individu belum lengkap divaksin dikesan merentas negeri masuk ke Kuantan setakat Isnin lalu hingga jam 12 tengahari pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, beliau berpuas hati dengan perkembangan yang menunjukkan orang ramai patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) terutama SOP rentas negeri.

"Pada peralihan fasa empat di Pahang pada 8 Oktober lalu juga, tiada kes pelanggaran SOP dikesan dan tiada kompaun dikeluarkan terhadap mana-mana pihak.

"Pihak Polis Daerah Kuantan akan meneruskan pemantauan pematuhan SOP terutama di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (RnR), plaza tol, kawasan tumpuan ramai, pusat pelancongan dan premis-premis perniagaan.

"Bagi pelaksanaan pemantauan SOP itu, 14 pasukan pemantauan pematuhan SOP sedia ada terus dikekalkan," katanya ketika ditemui sempena Operasi Khas Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP Fasa Empat PPN bagi daerah Kuantan di Paza Tol dan RnR Gambang di sini, pada Sabtu.

Wan Zahari berkata, beliau mengatur gerak penugasan pegawai dan anggotanya untuk melakukan pemantauan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.

"Pemeriksaan dilakukan secara rawak termasuk memeriksa MySejahtera bagi memastikan mereka dari luar yang masuk ke daerah ini sudah lengkap menerima vaksin dan matang tempohnya.

"Selain pemeriksaan secara rawak, pemeriksaan dilakukan melalui sekatan jalan bergerak atau 'snapcheck' bagi mengesan individu degil," katanya.

Artikel Berkaitan: