Muzium Bukit Besi

A
A
A
Muzium Bukit Besi memaparkan sejarah perlombongan dan pembangunan sosioekonomi penduduk tempatan termasuk data wujudnya perkampungan antarabangsa sejak 1929.

Bukit Besi adalah nadi pertumbuhan ekonomi yang penting dalam negara khususnya di Terengganu apabila sebuah syarikat dari Jepun, Kuhara Mining Limited diberi lesen oleh kerajaan negeri memulakan aktiviti perlombongan pada Mei 1930.

Pada era kegemilangannya, kawasan itu didiami warga British, Amerika, Kanada, Australia, Belanda, Jerman, Afrika Selatan, India dan China.

Bukit Besi ketika itu sangat terkenal setaraf Kuala Lumpur dan Singapura kerana penempatan pekerja dilengkapi pelbagai kemudahan seperti stesen kereta api, sekolah, balai polis, balai bomba, hospital, pejabat pos, pawagam dan pasaraya berhawa dingin ketika syarikat dari British, Eastern Mining Metal Company (Emmco) mengambil alih perlombongan bermula tahun 1950. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Majlis Pelancaran Majalah InPenang

No Image Caption
GALERI

Buaya Tembaga

No Image Caption
GALERI

Kraftangan crochet

No Image Caption
GALERI

Ikan talang