Penting tewaskan West Ham

Benitez. - Foto PA Sport
Benitez. - Foto PA Sport
A
A
A

PENGENDALI Everton, Rafael Benitez menyifatkan kemenangan berdepan West Ham di Goodison Park pada Ahad sebagai aksi paling penting buat The Toffee dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Menurutnya, skuad kendaliannya itu tidak mempunyai pilihan selain perlu memenangi perlawanan berkenaan untuk terus berada dalam kelompok atasan bagi saingan EPL.

“Saya telah memaklumkan mengenai perkara ini (kemenangan) berulang kali kepada pemain bahawa EPL adalah ibarat perlumbaan marathon.

“Dalam perlumbaan marathon, anda perlu terus berlari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling untuk tiba ke garisan penamat dengan jayanya.

“Begitu juga bagi saingan EPL; tetapi adakalanya ada ketikanya anda perlu berdepan dengan pasukan yang lebih kuat atau lebih lemah berbanding pasukan anda; namun mahu tidak mahu anda masih perlu menewaskan pasukan berkenaan bagi mendapatkan keyakinan,” katanya.

Untuk rekod Everton kini berada pada kedudukan kelima EPL dengan 14 mata berbanding West Ham (sembilan) dengan 11 mata.

Kedudukan itu dilihat masih belum ‘selamat’ buat Everton dan Benitez mahu pemain beraksi cemerlang bagi merealisasikan kemenangan berkenaan bagi terus menjarakkan kedudukan pasukan berkenaan dengan pasukan-pasukan lain dipertengahan carta EPL.

Sementara itu Benitez turut mengingatkan pemain agar tidak memandang mudah aksi berdepan West Ham jika tidak mahu berputih mata di depan penyokong sendiri.

Artikel Berkaitan:

Katanya, skuad The Hammers itu sering mencipata kejutan selain merupakan pasukan yang agak liat untuk ditewaskan.

“Kita tahu mereka (West Ham) adalah pasukan yang baik. Mereka juga dilihat beraksi lebih baik berbanding musim lalu.

“Selain itu, mereka memiliki pengurus yang bagus dan kita jangkakan perlawanan ini akan berlangsung sengit,” katanya.