Kes Covid-19 babitkan kanak-kanak di AS cecah 6 juta

Jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi enam juta.(Gambar hiasan). - Foto 123rf
Jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi enam juta.(Gambar hiasan). - Foto 123rf
A
A
A

WASHINGTON - Jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi enam juta, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Akademi Pediatrik Amerika (AAP).

Setakat 7 Oktober, lebih 6.04 juta kanak-kanak Amerika dijangkiti virus itu sejak wabak bermula, menurut AAP.

Jumlah kes baharu masih tinggi, menyaksikan lebih 148,000 lagi kanak-kanak dilaporkan dijangkiti virus itu antara 30 September hingga 7 Oktober.

Sejak 23 September hingga 7 Oktober, terdapat peningkatan sebanyak enam peratus dalam jumlah kes Covid-19 di AS. - Bernama

Artikel Berkaitan: