X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Penunggang p-hailing di Melaka dikesan kerap langgar lampu merah

Penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) di Melaka dikesan kerap melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.(Gambar hiasan). - Foto Bernama
A
A

MELAKA - Penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) di negeri ini dikesan kerap melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohamad Firdaus Shariff.

Beliau berkata, sepanjang Ops Merah yang dijalankan sejak 8 Oktober lalu, sebanyak 112 notis daripada 183 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan kesalahan tersebut.

Menurutnya, sebanyak 549 motosikal diperiksa dalam operasi itu di samping kesalahan lain seperti tidak memakai topi keledar dan melanggar lampu isyarat lalu lintas jalan sehala.

"Kita mengharapkan penunggang motosikal ini terus mematuhi peraturan ditetapkan supaya mereka tidak merisikokan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

"Program advokasi sempena Ops Merah ini juga dijalankan secara berterusan melalui kerjasama Unit Operasi dan Unit Keselamatan Jalan Raya dan Koporat terhadap penunggang p-hailing ini bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan cara penunggangan berhemah," katanya kepada pemberita di Terminal Melaka Sentral di sini lewat malam Jumaat.

Dalam pada itu, Mohamad Firdaus berkata, dalam Ops Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Kawalan Penyakit Berjangkit) yang dijalankan sejak kebenaran rentas negeri 11 Oktober hingga Jumaat, sebanyak 152 bas ekspres dan 1,800 penumpang diperiksa melibatkan perjalanan bas ekspres kesemua destinasi seluruh semenanjung negara.

"Pemeriksaan dilakukan ialah pemeriksaan terhadap bas ekspres, lesen pemandu dan sebagainya selain pemeriksaan buku log pemandu bagi memastikan pengusaha bas menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan bas yang melebihi jarak 300 kilometer atau empat jam berterusan.

"Selain itu penekanan dilakukan bagi memastikan pengusaha bas menyediakan pengimbas Kod QR MySejahtera, cecair pembasmi kuman selain memastikan penumpang menaiki bas telah lengkap menerima dua dos vaksinasi," katanya.

Tambahnya, dalam operasi itu tiga kompaun telah dikeluarkan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) berjumlah RM4,500 terhadap pengunjung yang gagal mengimbas aplikasi MySejahtera ketika memasuki terminal bas berkenaan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!