Rashford tersenarai kunjungan ke Leicester City

Rashford
Rashford
A
A
A

TONGGAK Manchester United, Marcus Rashford tersenarai dalam skuad The Red Devils menjelang kunjungan ke Stadium King Power menentang Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Rashford yang menjalani pembedahan pada Ogos lalu disenaraikan dalam skuad bagi perlawanan menentang The Foxes.

"Ya, Rashford bersama pasukan ke Leicester City, cuma sama ada dia diturunkan ada sebaliknya saya tidak boleh memaklumkan status tersebut.

"Apa yang boleh dikongsikan adalah Rashford sememang bekerja keras untuk kembali semula ke prestasinya sebelum ini.

"Dia memanfaatkan sepenuhnya sesi latihan malah 60 minit sesi latihan tertutup minggu lalu digunakan sebaik mungkin dengan pengisian," ujar Solskjaer.

Rashford sebelum ini menjalani pembedahan pada Ogos lalu tidak beraksi dalam sebarang perlawanan sejak kekalahan England kepada Itali di final Euro 2020 di Wembley pada Julai.

Sementara itu, kapten Manchester United, Harry Maguire pula yang beraksi kali terakhir tiga minggu lalu ketika berdepan Aston Villa, mula menjalani latihan pada Jumaat dijangka tidak diturunkan bagi berdepan kelab lamannya.

Rakan Maguire, Raphael Varane pula akan disisihkan dalam beberapa minggu selepas mengalami kecederaan ketika mewakili Perancis pada saingan Liga Negara-Negara UEFA baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: