Barang runcit seludup bernilai RM14,148 dirampas

Batalion 7 PGA Kuantan merampas pelbagai barangan runcit seludup bernilai RM14,148 selepas menahan sebuah lori di lebuh raya Rantau Panjang-Pasir Mas pada Khamis.
Batalion 7 PGA Kuantan merampas pelbagai barangan runcit seludup bernilai RM14,148 selepas menahan sebuah lori di lebuh raya Rantau Panjang-Pasir Mas pada Khamis.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai barangan runcit seludup bernilai RM14,148 selepas menahan sebuah lori di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas di sini pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 7 petang itu pihaknya turut menahan pemandu lori yang berusia 21 tahun bagi membantu siasatan berhubung rampasan tersebut.

"Anggota bertugas yang sedang membuat rondaan rutin bertindak menahan lori tersebut setelah mendapati kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, selepas lori tersebut ditahan dan pemeriksaan dilakukan di bahagian belakang kenderaan tersebut menemui beberapa kotak barangan runcit yang diseludup masuk secara haram dipercayai menggunakan laluan tidak diwartakan oleh kerajaan.

"Semasa ditahan pemandu lori gagal mengemukakan dokumen yang sah berkait dengan barang dibawa selepas diminta berbuat demikian.

"Kesemua barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Rantau Panjang untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM54,148 dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983.

Artikel Berkaitan: