X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Kadar populasi dewasa lengkap divaksin kini 91.4 peratus

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat 11.59 malam Jumaat meningkat 0.2 peratus berbanding 91.2 peratus pada Khamis (14 Oktober).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,260,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Jumaat, sejumlah 174,732 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,633,404.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat Jumaat 20.2 peratus atau 637,079 orang telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 77.5 peratus atau 2,439,727 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lalu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!