X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

ADUN Kota Anggerik sah bergelar suami Syahira

Najwan Halimi sah bergelar suami kepada Syahira Razak,27, pada Jumaat. - Gambar/ IG Najwan Halimi
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi, 36, sah bergelar suami kepada pasangannya Syahira Razak, 27, selepas diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Shah Alam pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan Najwan menerusi entri di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah pagi ini (Jumaat) saya dan Syahira telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam majlis ringkas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

“Semoga Allah SWT. memberkati pernikahan ini dan mengurniakan kebahagiaan berkekalan buat kami sekeluarga,” kata Najwan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga serta rakan-rakan yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Bapa kepada tiga anak itu menamatkan zaman dudanya selepas mengenali Syahira lebih tujuh bulan lalu.

Najwan memulakan kariernya sebagai ahli politik selepas menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2010 dan memenangi kerusi DUN Kota Anggerik menewaskan calon Barisan Nasonal (BN) dan Pas pada 2018. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!