LRA Semangar rosak: Lebih 3,000 penduduk kecewa

Jimmy Puah (kanan) membantu penduduk Kampung Sinaran, Kempas dan Kampung Maju Jaya yang terputus bekalan air di kawasan tersebut, pada Jumaat.
Jimmy Puah (kanan) membantu penduduk Kampung Sinaran, Kempas dan Kampung Maju Jaya yang terputus bekalan air di kawasan tersebut, pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 3,000 penduduk Kampung Sinaran Kempas dan Kampung Maju Jaya di sini kecewa dengan ketidakcekapan pengurusan Ranhill SAJ Sdn Bhd menyediakan bantuan bekalan air yang terjejas sejak Selasa lalu selepas Loji Rawatan Air (LRA) Semangar terbakar.

Seorang penduduk, Mohd l Noor Aziz, 53, mendakwa, sejak gangguan bekalan air hanya sebuah tangki air yang disediakan pihak SAJ di Kampung Baru Seri Aman iaitu kira-kira empat kilometer dari tempat tinggal mereka.

Menurutnya, keadaan itu menyukarkan penduduk kampung kebanyakannya terdiri daripada warga emas untuk mendapatkan bekalan air terutama penduduk Lorong Durian kerana kawasan berbukit berbukit.

"Jadi kami minta supaya tong air sementara ditempatkan di kawasan ini tetapi tidak diendahkan. Penghantaran bekalan air juga tidak tidak dilakukan dan kini sudah memasuki hari ketiga," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Selasa lalu, dua unit transformers di LRA Semangar, Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini terbakar menyebabkan kira-kira 200 buah kawasan di lima daerah terjejas akibat gangguan bekalan air.

Ranhill SAJ dalam satu kenyataan rasmi di Facebooknya memaklumkan, pemulihan bekalan air di beberapa kawasan terjejas dilakukan secara berperingkat.

Sementara itu, Shahrizan Aimin, 47, berkata, keadaan gangguan bekalan air itu memaksa keluarganya berpindah sementara dari kediamannya ke rumah mertuanya di Denai 6, Kempas.

"Walaupun ada penduduk yang membuat aduan namun masih belum ada tindakan. Lebih menyedihkan apabila ada penduduk yang terpaksa kuarantin kendiri di rumah," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jimmy Puah Wee Tse.
Jimmy Puah Wee Tse.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse turut kesal dengan situasi itu selain mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil sebarang pelan tindakan.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya peka isu seperti itu dengan menyediakan lebih banyak tangki air serta lori air bagi memudahkan kerja-kerja pengagihan air dibuat dan memastikan tidak ada pihak yang terlepas pandang.

"Ini adalah krisis air terbesar tahun ini apabila menjejaskan banyak kawasan di beberapa daerah namun saya tak nampak Menteri Besar ambil pusing tentang isu ini. Menteri Besar seakan tidak kisah apa yang berlaku," katanya.