X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Piala Thomas: Pengalaman pemisah Malaysia, Indonesia

Lee Zii tewas straight set 15-21, 17-21 kepada Ginting dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas. - Foto EPA
A
A

HASRAT skuad badminton negara untuk meneruskan kemaraan saingan Piala Thomas kali tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Indonesia dalam perlawanan suku akhir di Aarhus, Denmark, malam ini.

Pemain perseorangan lelaki utama negara yang juga pemain ranking kelapan dunia menjadi sandaran mengutip mata pertama Lee Zii Jia gagal menghadirkan kemenangan apabila dijinakkan straight set 15-21, 17-21 dalam tempoh 51 minit oleh pemain nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi harapan terbaik bangkit menyamakan kedudukan ternyata berjaya menyaingi cabaran pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo sebelum tunduk mengalah 17-21, 21-16, 15-21 dalam tempoh 63 minit.

Perjuangan skuad negara dinoktahkan apabila permulaan cemerlang bintang muda negara, Ng Tze Yong dinafikan pengalaman Jonathan Christie dalam pertarungan tiga set selama 75 minit yang menyaksikan kemenangan pemain ranking ketujuh dunia itu dengan keputusan 21-14, 19-21, 16-21.

Untuk rekod, Malaysia mengesahkan slot lapan terbaik selepas muncul naib juara Kumpulan D manakala Indonesia pula menjuarai Kumpulan A.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!