X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Mana hang mau lari?

A
A

GEORGETOWN - Cubaan seorang lelaki melarikan diri daripada pemeriksaan polis gagal selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di Jalan Jelutong di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi, lelaki berusia 26 tahun yang memandu Toyata Vios itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sebelum ditahan oleh anggota dari cawangan polis peronda (MPV).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek itu bertindak memecut kenderaan yang dipandu melalui Jalan Batu Lanchang ke Jalan Masjid Negeri dan Jalan Dato Keramat ke Jalan Perak.

“Dengan bantuan enam kereta peronda (MPV) telah mengejar suspek sebelum dia berjaya diberkas 20 minit kemudian di Jalan Jelutong setelah keretanya terbabas dan tayar pecah.

“Dalam insiden ini, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan pada harta awam atau kerajaan.

Hasil pemeriksaan polis telah menjumpai sejumlah dadah jenis heroin anggaran berat 6.5 gram di tempat duduk bahagian belakang kereta suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Soffian berkata, semakan mendapati suspek yang memiliki 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah juga merupakan individu yang dikehendaki bagi satu kes jenayah.

Katanya, ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek positif pengambilan dadah jenis methamphetamine.

"Suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 19 Oktober untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah seksyen 186 Kanun Kesesakan (kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan seksyen 39A(2) (memiliki dadah) dan seksyen 15 (1)(a) (memasukan dadah dalam badan) Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!