X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Lawatan keluarga di Puspen kini dibenarkan

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Sesi lawatan keluarga atau penjaga bagi klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara kini dibenarkan.

Unit Media dan Komunikasi Korporat AADK dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, sesi lawatan itu dapat memberi peluang kepada keluarga serta klien untuk bertemu.

“Ia juga sebagai pendekatan teraputik bagi menyokong klien dalam institusi untuk terus memberi komitmen mengekalkan kepulihan.

“Kebenaran lawatan tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Menurut AADK, setiap keluarga perlu membuat janji temu dengan Puspen bagi mengelakkan kesesakan, melancarkan perkhidmatan dan mengelakkan risiko penularan jangkitan wabak Covid-19.

“Permohonan janji temu boleh dibuat menerusi panggilan telefon, mesej pesanan ringkas (SMS), pesanan aplikasi WhatsApp, surat atau e-mel kepada pegawai pemulihan terlibat.

“Lawatan secara ‘walk-in’ tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh pandemik ini.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Puspen berkaitan atau layari laman web rasmi AADK di www.adk.gov.my,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!