KKM kesan kes positif libatkan perantauan

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Seorang individu yang merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman di Teluk Intan dikesan positif Covid-19.

Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kes tersebut merupakan kontak rapat kepada kes positif dari sebuah negeri di selatan tanah air.

Menurutnya, kes itu dikesan apabila individu terbabit mula bergejala selepas beberapa hari.

"Ujian swab mendapati individu tersebut positif Covid-19, maka seluruh anggota keluarga perlu dikuarantin.

"Kit kendiri ini tidak mahal berbanding keselamatan keluarga anda di kampung halaman. Jangan jadikan kepulangan anda satu tragedi," katanya menerusi hantaran berkenaan.

Menurutnya, anak perantauan yang bakal pulang ke kampung dinasihatkan melakukan ujian saringan kendiri bagi mengelak mereka 'membawa' virus Covid-19 pulang ke kampung.

Jelasnya, tindakan itu penting bagi mengelak virus tersebut menjangkiti ahli keluarga yang lain.

Artikel Berkaitan: