Gangguan bekalan air pulih 78 peratus

Info grafik status pemulihan bekalan air di lapan wilayah di Selangor yang terjejas.
Info grafik status pemulihan bekalan air di lapan wilayah di Selangor yang terjejas.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemulihan gangguan bekalan air di 998 kawasan terjejas berikutan kerja penyelenggaraan dan pembaikan aset utama air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sudah mencapai tahap 78 peratus

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan, peratus pemulihan itu diperoleh setakat jam 3 petang Jumaat.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya menerusi status dimuat naik di Facebook Air Selangor pada Jumaat.

Berdasarkan info grafik status pemulihan dikongsi Air Selangor di Facebook mendapati gangguan bekalan airdi dua daripada lapan wilayah di negeri ini sudah pulih sepenuhnya.

Dua wilayah itu ialah di Hulu Selangor dan Kuala Langat pulih 100 peratus, manakala wilayah lain ialah Kuala Selangor (99.4 peratus), Petaling (98.9 peratus) dan Shah Alam (98.1).

Wilayah lain yang terlibat gangguan ialah Gombak (73 peratus), Kuala Lumpur (64.8 peratus) dan Klang (24.8 peratus).

Artikel Berkaitan: