Pelajar UMK kembali ke kampus

Pelajar UMK mula kembali ke kampus bermula pada Jumaat sehingga 18 Oktober 2021.
Pelajar UMK mula kembali ke kampus bermula pada Jumaat sehingga 18 Oktober 2021.
A
A
A

BACHOK - Seramai 3,719 pelajar semester September sesi akademik 2021/ 2022, kembali ke kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), bermula pada Jumaat sehingga 18 Oktober 2021.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Razli Che Razak mengalu-alukan kehadiran semua pelajar termasuk pelajar baharu yang akan memulakan sesi pengajian semester ini secara hibrid.

Beliau berkata, kemasukan pelajar secara fizikal ke UMK melibatkan penginapan kolej kediaman dan luar kampus bagi ketiga-tiga kampus UMK.

"Pihak UMK akan menerima kemasukan pelajar secara berperingkat di ketiga-tiga kampus UMK iaitu di Bachok, Jeli dan Pengkalan Chepa.

"Setiap pelajar akan menjalani ujian kendiri Covid-19 dan sekiranya disahkan negatif mereka dibenarkan mendaftar di kolej kediaman," katanya ketika meninjau proses kemasukan pelajar secara fizikal di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Tangok pada Jumaat.

Proses pendaftaran kemasukan pelajar pada hari ini berjalan lancar selaras dengan SOP ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.
Proses pendaftaran kemasukan pelajar pada hari ini berjalan lancar selaras dengan SOP ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurutnya, proses saringan itu bagi memastikan pelajar sihat dan mematuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum dibenarkan memasuki kolej kediaman atau penginapan luar kampus.

Katanya, proses pendaftaran kemasukan pelajar pada Jumaat berjalan lancar selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pelajar yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan berada di kampus dan perlu menjalani ujian kendiri bagi memastikan mereka bebas virus itu.

"Bilangan pelajar menduduki kolej kediaman tertakluk kepada kapasiti asrama yang telah ditetapkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni," katanya.