Polis buru lelaki bawa lari barang kemas bernilai RM10,550

Suspek (kiri) ketika dirakam menunggu seorang pekerja mengira harga dua barang kemas.
Suspek (kiri) ketika dirakam menunggu seorang pekerja mengira harga dua barang kemas.
A
A
A

MACHANG - Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas bernilai RM10,550 di sebuah kedai di bandar Machang, 13 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, dalam kejadian jam 2.10 petang pada Rabu lalu, seorang lelaki dipercayai datang ke kedai berkenaan untuk melihat seutas rantai kikir melor padu.

"Rantai berkenaan seberat 29.0 gram dan berharga RM7,000.

Pekerja kedai berkenaan meminta seorang lagi pekerja lain mengira harga rantai tersebut.

"Semasa pekerja berkenaan sedang mengira harga rantai, suspek meminta pekerja kedai melihat satu utas gelang tangan 'coco' seberat 14.20 gram yang berharga RM3,550 sebelum meminta pekerja berkenaan mengira harga keseluruhan rantai dan gelang tangan berkenaan.

"Semasa pekerja berkenaan sedang mengira sambil memegang barang kemas, lelaki itu dipercayai terus merampas kedua-dua barang kemas terbabit dan terus melarikan diri,"katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menurutnya, suspek menunggang motorsikal jenis Honda Wave Repsol bersama seorang lelaki yang menunggu di kawasan luar kedai.

Artikel Berkaitan:

Polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas bernilai RM10,550 di sebuah kedai di bandar Machang, 13 Oktober lalu.
Polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas bernilai RM10,550 di sebuah kedai di bandar Machang, 13 Oktober lalu.

Katanya, pekerja berkenaan cuba mengejar motosikal yang dipandu dua lelaki tersebut dengan bantuan orang ramai namun tidak berjaya kerana keadaan ketika itu agak sesak dengan kenderaan.

"Pekerja berkenaan datang ke balai polis untuk membuat laporan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya.