X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Kes baharu Covid-19 turun kepada 7,420, 11,413 sembuh

Sebanyak 7,420 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Sebanyak 7,420 kes baharu positif Covid-19 dan 11,413 kes sembuh direkodkan pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,377,033 kes manakala jumlah kes sembuh pula sebanyak 2,251,758 kes

Menurutnya, terdapat 17 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 7,403 lagi merupakan penularan dalam negara.

"Ia membabitkan 6,842 rakyat tempatan dan 561 warga asing," katanya.

Beliau berkata, daripada 7,420 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 108 merupakan kategori tiga hingga lima manakala kategori satu dan dua sebanyak 7,312 kes.

Dr Noor Hisham memberitahu, seramai 700 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 364 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu beliau turut memaklumkan jumlah keseluruhan kluster ialah 5,654 selepas 13 kluster baharu dikenalpasti.

Ujarnya, kluster baharu itu terdiri daripada sembilan kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu pendidikan lain.

"Sebanyak 4,933 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 721 pula masih aktif," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!