Penganggur disyaki edar dadah ditahan

Seorang penganggur berusia 39 tahun ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Medang di sini pada jam 10.30 pagi Khamis kerana disyaki mengedar dadah.Gambar hiasan
Seorang penganggur berusia 39 tahun ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Medang di sini pada jam 10.30 pagi Khamis kerana disyaki mengedar dadah.Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Seorang penganggur berusia 39 tahun ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Medang di sini pada jam 10.30 pagi Khamis kerana disyaki mengedar dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Sibu menemui satu plastik hitam mengandungi paket-paket plastik berisi dadah dipercayai ecstasy keseluruhannya dianggarkan bernilai RM6,650.

“Anggota BSJN IPD Sibu yang dipandu arah oleh suspek lelaki itu telah menemui dadah-dadah berkenaan di tempat letak kereta rumah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Beliau berkata, dadah yang ditemui itu merangkumi tujuh peket berwarna unggu mengandungi serbuk dipercayai ecstasy masing-masing dengan berat kasar 125 gram (g) keseluruhannya bernilai RM1,050 dan tujuh peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang mengandungi 96 biji pil disyaki dadah jenis ecstasy berwarna merah jambu dengan berat kasar keseluruhan 31.46g bernilai RM4,800.

"Turut ditemui ialah tiga peket plastik lutsinar mengandungi 16 biji pil berwarna hijau disyaki ecstasy dengan berat kasar 36.63g keseluruhannya bernilai RM800.

"Polis turut menyita sebuah kereta Proton Satria Gti yang dianggarkan bernilai RM15,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: