X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Tiada kerang Kelantan masuk Perak

Razman (empat dari kanan) menyerahkan peralatan mesin rumput pada Majlis Penyerahan Kit Pertanian Komuniti Kebun Kita/Kebuniti Daerah Kerian 2021 di sini pada Jumaat.
A
A

BAGAN SERAI - Kerajaan Perak tidak menerima sebarang laporan mengenai kemasukan kerangan dari Kelantan khususnya di Perairan Sungai Geting, Tumpat yang tercemar dengan toksin.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria berkata, kebanyakan kerang di Kelantan dijual untuk pasaran tempatan dan tidak dibawa keluar dari negeri tersebut.

Menurutnya, pendaratan kerang di Perak lebih tinggi dan pada tahun lalu sahaja sebanyak 14,000 metrik tan dikeluarkan untuk pasaran negeri ini.

"Kebanyakan kerang yang dipasarkan di Perak merupakan sumber tempatan dan sedikit sahaja bekalan yang diperoleh dari Selangor dan Pulau Pinang yang tiada kesan pencemaran toksin.

"Tak ada kerangan dibawa masuk dari Kelantan. Setakat ini kita tiada maklumat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kit Pertanian Komuniti Kebun Kita/Kebuniti Daerah Kerian 2021 di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selinsing, Mohamad Noor Dawoo.

Mengenai dakwaan tular terdapat spesis kerang iaitu etok yang dibawa dari Tumpat, Kelantan dan dijual di Ipoh, Razman menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai dan peniaga supaya lebih berhati-hati dan memastikan sumber kerangan yang diperoleh itu selamat dimakan.

Pada 11 Oktober, jabatan tersebut mengeluarkan notis larangan kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti memungut, menjual dan makan spesis kerang-kerangan di kawasan Perairan Sungai Geting, Tumpat, Kelantan kerana dicemari toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu 'alexandrium minutum'.

Larangan itu berkuat kuasa serta merta berikutan hasil keputusan analisis daripada makmal Biosekuriti Perikanan yang dijalankan menemui bahan toksin itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Kerang-kerangan dari Sungai Geting dicemari toksin saraf


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!