Vaksin Covid-19 bersifat eksperimental tidak benar

Musa dalam program dalam Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.
Musa dalam program dalam Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan sesetengah pihak mengatakan vaksin Covid-19 bersifat eksperimental adalah tidak benar memandangkan teknologi digunakan dalam pembuatan pelalian tersebut diguna pakai sejak dahulu lagi.

Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, vaksin Covid-19 yang ada ketika ini sudah melalui fasa klinikal dan menunjukkan keberkesanan sebanyak 95 peratus dalam menangani Covid-19.

“Saya rasa orang yang cakap vaksin Covid-19 ini sebenarnya adalah eksperimental kerana mereka baru kenal vaksin, walhal teknologi seperti mRNA telah diketahui sejak 1990 manakala 'inactivated vaccine' diketahui sejak 1950.

“Vaksin Covid-19 sudah diguna pakai oleh 6.5 bilion orang di seluruh dunia. Maksudnya bukan lagi eksperimental,” katanya dalam Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.

Hadir sama sebagai panel ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad; Pengerusi Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakhrunizam; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ismail Adnan sebagai moderator.

Dalam pada itu Musa berkata, tindakan sesetengah individu yang menolak vaksin dan bergantung kepada sistem imuniti semula jadi bagi mencegah virus Covid-19 hanya akan membahayakan diri.

Menurut beliau, negara seperti United Kingdom pernah membenarkan rakyatnya untuk bergantung kepada sistem imuniti semula jadi namun ia tidak berkesan malah meningkatkan kadar kematian di negara tersebut.

Artikel Berkaitan: