Syor kerajaan buat 'town hall' dengan golongan antivaksin

Mohd Fakhrunizam dalam program Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.
Mohd Fakhrunizam dalam program Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbincangan atau sesi libat urus secara bersemuka antara golongan yang menolak vaksin bersama pakar, perlu dilakukan untuk memberi penjelasan mengenai isu ketakutan, persepsi serta ketidakfahaman rakyat vaksin Covid-19.

Pengerusi Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakhrunizam berkata, akan ada individu yang menolak untuk divaksin.selagi keraguan terhadap vaksin Covid-19 masih ada.

“Saya minta menteri kesihatan buat 'town hall' supaya ada diskusi bersama pakar kerajaan dan golongan yang menolak vaksin supaya segala persoalan berkaitan vaksin Covid-19 dapat diselesaikan,” katanya dalam Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.

Hadir sama sebagai panel adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad; Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ismail Adnan sebagai moderator.

Mohd berkata, Individu yang menolak untuk divaksin tidak sepatutnya didiskriminasi memandangkan mereka mempunyai hak sebagai rakyat malaysia untuk bebas memilih cara kehidupan masing-masing.

Justeru, beliau berharap kerajaan lebih efisen dan mendengar rintihan nasib yang menimpa golongan tersebut.

“Kena faham, akibat pandemik ini ramai rakyat yang susah bukan dari segi ekonomi malah emosi mereka juga terkesan ketika ini.

“Saya tahu apa yang kerajaan buat ketika ini untuk mendisiplinkan rakyat, tapi diharapkan jangan terlalu keras terutama kepada golongan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: