MAIS salur sumbangan kepada 794 anak yatim di Selangor

Abdul Aziz (kanan) menyerahkan replika cek kepada Tengku Amir sewaktu majlis yang berlangsung di Istana Mestika, pada Jumaat.
Abdul Aziz (kanan) menyerahkan replika cek kepada Tengku Amir sewaktu majlis yang berlangsung di Istana Mestika, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan sumbangan berjumlah RM115,000 bagi membantu 794 anak-anak yatim di sekitar Selangor yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sumbangan berkenaan diberikan kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim di negeri ini.

Beliau berkata, sumbangan itu merupakan bantuan bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak yatim terlibat berdasarkan senarai disediakan oleh YIDE.

"MAIS berharap bantuan yang disalurkan itu dapat menyuntik motivasi anak-anak ini agar terus cemerlang dan berusaha gigih dalam pembelajaran," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, sesi penyampaian replika cek sumbangan berkenaan turut disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam Majlis Pelancaran Bulan Anak Yatim yang berlangsung di Istana Mestika, di sini.

Hadir sama Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Hussin dan Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Artikel Berkaitan: