Sekatan terhadap golongan tolak vaksin bukan diskriminasi

Dzulkefly dalam program Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.
Dzulkefly dalam program Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Peraturan ditetapkan kerajaan dengan mengenakan beberapa sekatan aktiviti terhadap individu yang menolak vaksin bukan satu bentuk diskriminasi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, adalah tidak munasabah bagi golongan yang menolak vaksin untuk menuntut hak sama rata dan mementingkan diri berbanding kepentingan awam.

“Sekatan dibuat ini menurut undang-undang adalah berkepentingan awam bagi menjaga kemaslahatan umum.

“Jadi jika masih mahu kekal untuk tidak ambil vaksin tanpa sebab munasabah, mereka terpaksa berkorban, kerana mereka juga telah mengorbankan kemaslatan umum,” katanya dalam Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.

Hadir sama sebagai panel adalah Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin; Pengerusi Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakhrunizam; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ismail Adnan sebagai moderator.

Dalam pada itu Dzulkefly berkata, setakat ini tiada kes kematian direkodkan yang berpunca terus akibat vaksin Covid-19.

Kebanyakan individu yang mati akibat divaksin mempunyai sejarah penyakit kronik komorbiditi seperti kencing manis, darah tinggi, HIV dan lain lain lagi.

Artikel Berkaitan: