MPN cadang kurangkan tempoh kuarantin pengembara asing

MPN mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pembukaan sempadan negara kepada warga asing yang sudah lengkap vaksinasi dari negara-negara tertentu tanpa perlu menjalani atau mengurangkan kuarantin wajib sebaik tiba di negara ini.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
MPN mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pembukaan sempadan negara kepada warga asing yang sudah lengkap vaksinasi dari negara-negara tertentu tanpa perlu menjalani atau mengurangkan kuarantin wajib sebaik tiba di negara ini.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pembukaan sempadan negara kepada warga asing yang sudah lengkap vaksinasi dari negara-negara tertentu tanpa perlu menjalani atau mengurangkan kuarantin wajib sebaik tiba di negara ini.

Cadangan berkenaan dijangka dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertimbangan itu dibuat bersandarkan perkembangan positif penurunan ketara penggunaan katiI-katil wad ICU bagi merawat pesakit Covid-19 dan kadar vaksinasi populasi dewasa yang telah mencapai 95 peratus pada masa ini.

Menurutnya, pendekatan pengurangan atau pemansuhan tempoh kuarantin itu dibuat melalui program 'mutual recognition of vaccine certificate' termasuk untuk tujuan pelancongan sepertimana yang telah dilaksanakan di beberapa negara Iain bagi merancakkan kembali ekonomi pelbagai sektor.

"Pembukaan sempadan ini sudah lama difikirkan. Sudah sampai masa (kebenaran pembukaan sempadan negara) setelah rentas daerah, negeri dan negara dibuka kepada Keluarga Malaysia.

"Dengan beberapa peraturan, pelawat asing baik untuk tujuan sosial dan pelancongan boleh datang ke Malaysia setelah sempurna vaksinasi.

"Mungkin ada ujian saringan Covid-19, tempoh kuarantin tidak dikenakan atau tidak lama. Diharapkan perkara ini akan dipertimbangkan dalam tempoh segera," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pemulihan Negara ke-4 2021 di ibu negara pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin turut melahirkan keyakinan proses pembukaan sempadan negara akan merancakkan semula kegiatan ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan, konvensyen antarabangsa, peruncitan dan Iain-Iain di samping mempermudahkan urusan pelawat perniagaan serta pelawat sosial.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat berkenaan juga bersetuju agar satu Pasukan Petugas Khas dibentuk bagi membuat kajian terperinci dan memberikan syor-syor dalam masa sebulan kepada MPN untuk pertimbangan bantuan bagi fasa pemulihan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta golongan rentan.

Menurutnya, pasukan berkenaan akan melibatkan Kementerian Kewangan; Bank Negara Malaysia; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri; Kementerian Sumber Manusia dan kementerian-kementerian Iain yang berkaitan.

"Majlis telah membincangkan bentuk bantuan kepada PKS dalam fasa pemulihan terutama berhubung isu kecairan dan kekurangan tenaga kerja serta pengagihan bantuan makanan kepada golongan rentan.

"Mengambil kira pelbagai bantuan dan inisiatif sedia ada berkaitan kewangan dan penyediaan tenaga kerja kepada PKS, di bawah pelbagai Kementerian dan Agensi, Majlis berpandangan bahawa satu analisis yang lebih terperinci perlu dibuat.

"Ini demi memastikan industri-industri yang terkesan berdasarkan statistik-statistik terkini dikenalpasti bagi memastikan penyelesaian jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang lebih berfokus dapat dilaksanakan segera," katanya.

Selain itu Muhyiddin berkata, MPN turut bersetuju supaya agihan bantuan makan kepada golongan rentan perlu lebih berpendekatan di seluruh negara.

"Peranan badan bukan kerajaan NGO dalam hubungan ini perlu diperkasa dengan bantuan dan kerjasama semua agensi yang terlibat dalam pemberian bantuan," ujarnya.