X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Vaksin Covid-19 Sinopharm kini boleh didapati di Malaysia

Vaksin Covid-19 Sinopharm kini boleh didapati di Malaysia, menurut Duopharma Biotech Bhd. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Vaksin Covid-19 Sinopharm kini boleh didapati di Malaysia, menurut Duopharma Biotech Bhd.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Duopharma menjelaskan unit milik penuhnya, Duopharma (M) Sdn Bhd telah diberi kuasa sebagai pemegang pendaftaran Sinopharm dan dibenarkan menjalankan penjualan dan pengedaran vaksin itu di negara ini.

Penghantaran pertama vaksin itu telah tiba mengikut kumpulan pada September 2021 dan kini tersedia secara meluas di klinik dan hospital swasta seluruh negara.

“Duopharma komited untuk menyokong program vaksinasi kerajaan dan mempertingkatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan memperluas saluran pengedaran vaksin bagi memastikan liputan vaksin penuh di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Leonard Ariff Abdul Shatar.

Menurut Duopharma, vaksin Sinopharm pada masa ini diberikan kepada individu berusia 18 hingga 59 tahun.

Pada Julai 2021, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi vaksin Covid-19 Sinopharm untuk digunakan di Malaysia. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!