Proses pemulihan bekalan air capai tahap 50.6 peratus

Peratus pemulihan bekalan air mencapai tahap 50.6 peratus sehingga jam 9 pagi pada Jumaat.
Peratus pemulihan bekalan air mencapai tahap 50.6 peratus sehingga jam 9 pagi pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Proses pemulihan agihan bekalan air di 998 kawasan yang terjejas susulan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan aset utama Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) telah mencapai tahap 50.6 peratus sehingga jam 9 pagi pada Jumaat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di laman Facebook bagaimanapun berkata, status pemulihan bekalan air di kawasan Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih belum menunjukkan sebarang perubahan setakat ini.

Menurutnya, kawasan Shah Alam merekodkan peratusan pemulihan tertinggi dengan 92.3 peratus, diikuti Hulu Selangor (89.3 peratus); Kuala Selangor (75.6 peratus); Petaling (73.3 peratus); Gombak (59.9 peratus)dan Klang (7.1 peratus).

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya.

Tambahnya, Air Selangor berharap pengguna yang telah mendapat bekalan akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

"Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com," katanya.

Artikel Berkaitan: